SEJARAH TAEKWON-DO

Taekwon-do adalah merupakan satu seni mempertahankan diri moden yang berasal dari Negara Korea. Ianya merupakan kesinambungan dari seni beladiri purba ‘ Taekyun’ yang kemudiannya diolah kembali oleh Jeneral Choi Hong Hi dan diberikan nama Taekwon-do. Taekwon-do diasaskan secara rasminya pada 11 April 1955. Pada 14 September 1961, Korean Taekwon-do Association (KTA) telah ditubuhkan di Seoul dan Jeneral Choi telah dilantik menjadi prseidennya yang pertama. Selaku Presiden KTA, beliau telah menghantar jurulatih dan pasukan demonstrasi Korea ke seluruh dunia. Bermula dari sinilah Taekwon-Do telah berkembang pesat.

PERSEKUTUAN TAEKWON-DO GLOBAL (GTL)

Global Taekwon-Do Federation (GTF) telah diasaskan oleh mendiang Grandmaster Park Jung Tae pada tahun 1990 di Kanada. GTF amat terkenal di Eropah dan Amerika Utara. Grandmaster Park Jung Tae sebelum ini merupakan bekas Setiausaha Agung di International Taekwon-Do Federation (ITF). Beliau telah mengambil keputusan untuk menubuhkan satu kesatuan baru kerana tidak mahu politik dicampurkan dengan Taekwon-Do. Beliau kecewa dengan perselisihan yang wujud antara ITF dan WTF dan juga Korea Utara dan Korea Selatan.

GTF dibawah kepimpinan Grandmaster Park, pemegang tali pinggang hitam 9 dan ini telah menjadi mencapai perkembangan yang amat menggalakkan. Grandmaster Park telah menjadi satu lagenda dalam Teakwon-Do dan sering dijemput untuk mengendalikan seminar dan kursus latihan di seluruh dunia. Namanya sering dikaitkan dengan ‘Kesempurnaan Teknik Taekwon-Do’ dan telah dianggap sebagai jurulatih teknikal terbaik di dunia hari ini.

Semenjak ditubuhkan, GTF tealh muncul sebagai satu pertubuhan ulung di dunia yang memperjuangkan seni mempertahankan diri tanpa melibatkan politik. Dalamn masa singkat, GTF telah berkembang pesat dan mempunyai gabungan di 122 negara di seluruh dunia.

Halaman utama | Sejarah | Objective | GTF | Federal Exco | Profil | Organisasi | Gelery | Hubungi kami
Guestbook