|
MATLAMAT UTAMA GTF
Matlamat utama penubuhan Global Taekwon-Do Federation adalah
untuk mencapai kecermerlangan dalam semua aspek dalam pertubuhannya
dan menyediakan persekitaran latihan yang baik untuk semua
ahlinya. Master dan jurulatih terpaksa menjalani latihan intensif
yang dikelolakan sendiri oleh mendiang Grandmaster Park Jung
Tae. Di samping itu, seminar sering diadakan di pusat-pusat
latihan di seluruh dunia untuk memastikan perkembangan terbaru
dan maklumat mengenai teknik-teknik terkini dapat disampaikan
kepada semua ahli.
Matlamat jangka panjang GTF adalah untuk menyelesaikan perselisihan
yang wujud antara pertubuhan-pertubuhan Taekwon-Do dan berjuang
ke arah keamanan serta keharmonian dunia.
|